Saturday, September 4, 2010

Patani.......

Assalamualaikum..salam ramadhan..salam LL4 Gaza

Alhamdulillah.....Pada hari ini,sedang aku membelek beberapa laman web di internet,,tetibe aku jumpe satu laman web menceritakan hal Patani...di sini aku sertakan laman webnya, moge kita bleh sentiasa mengambil berat dan perhatian tentang saudara kita di sane...

Hayatilah sajak di bawah...................

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara


Ku kira Syeikh Ahmad Yassin akan menangis,

(Jika dia masih hidup kini)

Dari kelopak matanya yang buta,

Bukan pada darah-darah yang mengalir basah dibumi syuhada,

Bukan pada ratapan doa, anak dan isteri yang dizalimi
 
Namun Syeikh Yassin pasti mengalirkan air mata,


Melihat, bagaimana kita; ummah nusantara,

Memandang tanpa berbuat apa-apa, mendengar dan berdiam cuma
 
Pada potret kemusnahan satu bangsa,


Melayu Patani,

Yang maruahnya kini, sedang dipijak-pijak kaki,

Kukira Syeikh Yassin,


Pasti akan menutup telinganya yang kurang mendengar,

Kerana tidak mampu tertahan pada suara gamat yang kedengaran,

Bukan oleh dentuman bedil, mortar, atau bom kawalan,

Bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati, terseksa di kem tahanan,

Namun Syeikh Yassin pastikan tidak mampu tertahan,

Pada kita, yang asyik bergelojak gembira siang dan malam,


Di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan,

Anak yang kehilangan bapa,

Isteri kehilangan suami tercinta,

Bapak kehilangan anak, pewaris cita-cita masa depan,

Sang kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara...

Kukira Syeikh Yassin,


Mampu berdiri menahan geram,

Walau kakinya lemah tak berkuasa,

Di saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka,

Sedang mewar-warkan kemegahan negara,

Mencita-citakan kemodenan segala,

Mereka lupa pada Muslim Patttani, yang jaraknya sejengkal cuma,

Satu Aqidah, Satu Bangsa, Satu Bahasa,


Satu Ummah dengan Negara-negara merdeka – Malaysia – Indonesia,

Ketika saudara mereka Pattani,


Ditembak tika menjejaki tetangga masjid,

Dihalau nafi dibumi sendiri,


Ditangkap tanpa sebab dan alasan,

Kukira Syeikh Yassinkan melaung,


Dari kekuatan suara yang entah datang dari mana,

‘Kamu bangsa-bangsa Malaysia – Indonesia,

Memaki Kebodohan Bangsa Arab,

yang menjadi boneka pada Yahudi,

yan meratah bangsa kami Palestina,

Namun tika bangsa Pattani,

Terseksa, dizalimi, hilang arah,

Kamu menjadi buta,


Sesungguhnya aku mungkin buta mataku,

Namun kamu telah buta hatimu’

Malangnya Syeikh Yassin sudah tidak ada kini;


Maka kebutaan mata kita, telinga kita yang tuli;

Kaki kita yang tidak berdaya, mulut kita yang bisu,

Dan segala yang tidak berdaya pada kita,

Pastinya gagal berbuat apa-apa,

Pada sebuah potret kemusnahan,

Satu ummah, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dengan kita

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara

http://amanpattani.blogspot.com/2010/08/apa-akan-terjadi-pada-kami-setelah-ini.html

Dilema Musuh Islam....

Assalamualaikum...Salam ramadhan, salam LL4 Gaza..

Saban hari tidak dapat dinafikan ketika ini musuh Islam khususnya Amerika dan Israel sentiasa berada di dalam dilema..Pelbagai pendekatan yang diambil bagi mengekang gelombang kebangkitan Islam ini...Namun, bagaimanapun caranya, cahaya agama Allah ini tidak akan padam sehingga akhirat kelak..
Walaupun umat Islam tika ini mengalami "pasang surut", namun tetap ada juga orang yang menyuburkan Islam di muka bumi ini....

Tidak syak lagi bahawa dilema musuh Islam bergelora sepanjang masa tanpa mengenal waktu dan sempadan..Sebagaimana yang berlaku di Palestin,,kebangkitan bersenjata rakyat Palestin seperti intifadha perang amat membingungkan Israel walaupun dari sudut persenjataannya Israel jauh mempunyai  kelebihan berbanding rakyat Palestin..Di negara Iraq pula, tindakan bom beranii mati pula dianggap sebagai satu perkara fobia yang mengganggu konsentrasi benak pemikiran musuh Islam..Tidak cukup dengan itu, dasar negara sesebuah negara Islam juga mampu memberi tekanan ke atas musuh Islam iaitu Barat dan Israel..Lihat saja dasar negara Iran yang dipimpin oleh Mahmoud Ahmadi Nejad, mereka terlalu membenci Barat dan Israel..Sewaktu mula-mula memegang tampuk presiden, Mahmoud Ahmadi Nejad pernah mengeluarkan kenyataan "Kami akan hapuskan Israel dari peta dunia"..Begitu lantang sungguh jurutera yang ber'fizikal' kecil ini.. Seterusnya tekanan ekonomi akibat pemulauan masyarakat antarabangsa terhadap barangan mereka menyulitkan mereka untuk menjalankan gerakkerja mereka..

Oleh itu, kita sebagai umat Islam di Malaysia ini mestilah menambah lagi dilema yang mereka alami ini..Bagi saya apa yang mampu kita lakukan ialah intifadha dan tekanan ekonomi..Intifadha dalam konteks kita rakyat Malaysia ini bukan merujuk kepada kebangkitan mengangkat senjata, tapi ianya membawa maksud meninggikan Islam dalam semua aspek kehidupan kita..Seperti mana kita lihat pada hari ini, banyak bidang-bidang kehidupan pada hari ini seperti bidang teknologi dan bidang perubatan dimonopoli oleh Barat..Umat Islam jauh ketinggalan dengan mereka dalam bidang iini..Justeru itu,,adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi dalam segala bidang yang ada pada hari ini..Tapi semua ini memerlukan ilmu..Umat islam perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga berjaya sambil itu, pada masa yang sama, umat Islam perlu menonjolkan imej Islam di mata masyarakat..Yang keduanya,,apa yang kita mampu lakukan ialah memberi tekanan ekonomi dengan memulau barangan-barangan mereka yang ada di pasaran..Jika ramai individu muslim tidak membeli barangan mereka, pasti mereka merasa lemas dan kurang daya aktif bagi melakukan serangan ke atas saudara seIslam yang menderita sejak sekian lama...
Sekian....

Friday, September 3, 2010

Ketika Cinta Bertasbih........siri 4

Sambungan...


Ibrah yang berikutnya ialah "Jodoh dan pertemuan adalah di tangan ALLAH"..Dalam cerita ini,,puas Azam mencari calon isterinya..namun semuanya x menjadi kenyataan..adek Azam(ayatul husna) pernah menasiahati abangnya ,"Sabar ya bang,mungkin Allah ingin menganugerahkan abang wanita yang lebih bersih hatinya"(lebih kurang camnila..aku pon x ingat secara tepat sangat)..Rupa-rupanya pada akhirnya Azam telah dipertemukan jodohnya dengan wanita pertama yang menawan hatinya ketika di Mesir dulu..itulah Ana Althofunnisa..Perkahwinan Ana dengan Furqan pula hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja..Jodoh sebenar Ana ialah bersama lelaki pertama yang telah menambat hatinya semasa belajar di Mesir dahulu..iaitu Azam..Kadangkala mungkin ade gak kebenaran daripada gerak hati seorang ibu..Ibu Azam selalu membayangkan Ana Althofunnisa menjadi isteri Azam..dan pada akhirnya ia menjadi kenyataan...alhamdulillah...

Sebagai ibrah yang terakhir ialah "Ajal dan maut di tangan ALLAH"..Tiada siapa sangka ibu Azam yang sedang bersungguh membuat persiapan majlis kenduri Azam menemui ajalnya dalam satu insiden jalan raya..Bukan setakat Azam,Husna(adik azam) dan adik2nya yang lain sedih dengan pemergian ibu mereka,,AKU yg menontot pon ikot sedih..Perasaan sebak menyelubungi dadaku tatkala aku membayangkan sekiranya Ibu Azam masih hidop lagi pada saat pernikahan Azam dengan Ana Althofunnisa..Alangkah gembiranya dia apabilla dia dapat melihat apa yang dia sering harapkan dan bayangkan menjadi kenyataan..Namun, saat pernikahan Azam dan Ana Althofunnisa, ibunya telah kembali ke rahmatullah...Apakan daya,qada' dan qadar di tangan ALLAH..Yang pergi x kan kembali lagi..Pada masa yang same,aku teringat kepada al-marhum Din beramboi(Al-fatihah)..Saat die diberitakan meninggal di televisyen,,aku merasakan seakan-akan malam sblomnya aku baru melihatnya di televisyen menjadi pengkritik sambil berjenaka dalam rancangan realiti RAja Lawak..Tiba-tiba meninggal dunia..Itulah dia MAUT...ia x mengenal keadaan,masa, dan tempat..Memetik firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 154 yang bermaksod "Meskipun kamu ada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu keluar juga ke tempat mereka terbunuh".. Bilakah giliran kita??bleh jadi sekarang,petang ni,ataupun esok..Oleh itu,kita yang masih dikurniakan nyawa ini perlulah menggunakan kesempatan itu untuk mencari bekalan untuk akhirat kelak..Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah(aku tlupe ayat bape)"Carilah bekalan dan sebaik-baik bekalan ialah bekalan TAQWa.."

Kesimpulannya....Pada pandanganku cerita ini memang menyentuh hatiku..Sampai saat ini kotak mindaku masih terbayang-bayangkan babak-babak cerita ini..Hatiku masih lagi merasai terkesan daripada menonton cerita itu sehingga kini..Sedikit kepuasan bagi diriku apabila berjaya mengkhatamkan cerita ini..tp kepuasan itu hanya smentara waktu sahaja setelah baru tadi aku mengetahui ada sambungannya tetapi ditayangkan melalui sinetron berepisod di Indonesia...Sekarang ini, aku mula pasang niat untuk menontonnya pada cuti 3 mingguku selepas selesai peperiksaan yang tamat dalam tempoh jangka masa dua minggu lagi..x bleh tonton mase cuti kali ini takot2 lalai daripada membuat persiapan peperiksaan sejurus lepas cuti raya ni...hehehe..sekian...

Ketika Cinta Bertasbih........siri 3

Sambungan...


Dalam cerita ini juga,,Azam mengajarku satu perkara..Iaitu dalam hal memilih calon isteri..Walaupun aku lambat lagi kawen,mgkin 10 tahun lg,,tp bak kata Ustaz Nasrudin Tantawi,"Umat Islam harus bersikap futuristik dari sudut persiapan dan persediaan perjuangan"(haha..),lalu aku kutip pengajaran yang tersirat daripada perwatakan Azam dalam cerita ini..Ketika die semakin pulih selepas kemalangan,,adek Azam, Aliyatul Husna mencadangkan Azam supaya melamar Eliyana..tambahan pula,ketika itu Eliyana sudah berjilbab..Namun begitu,,Azam menolaknya dengan alasan "Aku belum siap menerima kecantikan isteriku dinikmati jutaan orang,kerana mungkin di antara jutaan orang itu mungkin ada yang hatinya kotor.."Hal ini kerana Eliyana merupakan seorang artis..Petikan katanya ini telah mengajarku satu perkara,,iaitu sebaik-baiknya biarlah kecantikan isteri dinikmati oleh suaminya sahaja..Maksodnye biarlah calon isteri bukan seorang yang menonjol dan mendapat perhatian ramai orang..Cukuplah sekadar perempuan yang "low profile" sahaja,,atau mungkin lebih baik sekadar gadis kampung/wanita orang asli sahaja..(hehe..gurau je)..

Ibrah seterusnya yang juga amat bermanfaat bagi diriku ialah "Jangan mudah percaya seratus pada satu sumber,walaupun sumber itu merupakan orang yang terdekat dengan kita..Rujuk sumber lain terlebih dulu,kemudian nescaya kita akan mengetahui kesahihannya"..Dalam cerita ini, Furqan yang telah diugut oleh Miss Italiana pada awalnya mempercayai seratus peratus laporan petugas perubatan di Hospital Mesir yang menyatakan beliau terkena virus HIV..Sikap beliau yang terus percaya membuta-tuli menghasilkan impak negatif pada dirinya..Kenyataan petugas perubatan Mesir itu selalu menghantui dirinya..dan kesan yang paling besar dan terok sekali ialah dia terpaksa menceraikan wanita cun(hehehe..) dan solehah lagi berilmu iaitu Ana Althofunnisa..Walaupun ketika menuju babak akhir cerita, atas nasihat ayahnya, dia akhirnya merjuk sumber perubatan lain dari negara lain seperti beijing,singapore n mcm2 lg..dan kesemuanya mengesahkan Furqan bebas HIV..Tapi semuanya sudah terlambat..Ana sudah bernikah dengan Azam(Yaahuuu!!!..hehehe..)..Sepatutnya, pada awal lagi perlu ada dalam diri Furqan sikap syakwasangka dan waspada terhadap kenyataan petugas perubatan Mesir itu..Kerana hal "HIV" bukan hal kecil,,virus yang boleh menghancurkan kehidupan seseorang dan orang lain..BAHAYE TU!! Namun begitu sikap syakwasangka atau waspada ini bukanlah merujuk pada buruk sangke sehingga melahirkan perasaan benci yang amat sangat kat seseorang,,tp untuk memastikan diri kita tidak hanyut tertipu dan dibuai fitnah oleh seseorang..Dalam hal ini, Allah ade mengingatkan orang beriman dalam surah At-Taghabun ayat 14 yang mane maksodnye "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka"...Ayat ni jelas menyatakan orang yang tidor sebilik dan sekatil dengan kita pon boleh jadi musuh kita,maka Allah mengingatkan org beriman supaya waspada dan berhati-hati...Dunia pada hari ini pun menyaksikan kebenarannya..Bekas presiden wanita pertama India,INdira Gandhi,telah mati ditembak oleh bodyguardnya(klu x silap aku le..maap klu salah,tolong betolkan..),yang mana merupakan orang yang paling rapat dengan dia yang sepatutnya mengawasi keselamatan Indiri Gandi..tetapi sebaliknya yang berlaku....

brsambung...

Ketika Cinta Bertasbih........siri 2

Sambungan....

Di samping itu,terselit juga pengajaran saat mana Azam tercari-cari perempuan yang sesuai dijadikannya isteri, adek Azam,Ayatul Husna telah mencadangkan kepada ibunya rakan sekerjanya yang bernama Rina..Namun cadangan itu pantas ditolak oleh ibunya..Hal ini hanya kerana sewaktu RIna menginap seminggu di rumah mereka,Rina seringkali tidor selepas subuh..Walaupun RIna ini seorang wanita yang solehah, berjilbab n seorang mahasiswi UNS,namun atas tabiat buruknya yang suka TIDOR SELEPAS SUBUH,Ibu Azam me"reject" wanita tersebut..Die berpegang pada pesanan arwah suaminya,,"KLu tidor selepas subuh,rezki kamu akan dipatuk ayam"..Ini bertepatan dengan satu hadis rasulullah-sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Smentara itu, saya sempat merujuk pada internet tentang keburukan tidor selepas subuh..Oleh sebab itu sebahagian ulama menyatakan MAKRUH tidur selepas subuh..Antara keburukunnya ialah tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya, menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya, menghambat datangnya rezeki, menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. Setelah menonton cerita KCB ini dan meneliti keburukan-keburukan akibat tidor selepas subuh,saya mula berkira-kira untuk mengambil langkah yang sama seperti ibu Azam iaitu meletakkan syarat yang sama sekiranya ingin mencari calon isteri dan menantu kelak(hehehe...)..

Iktibar yang seterusnya pula ialah berkaitan kepentingan ilmu..Dalam cerita ni saya amat mengkagumi Ana Althofunnisa,di samping memiliki wajah yang cun dan merupakan wanita solehah(hehe..),dia juga merupakan seorang yang berilmu..Ini dapat disaksikan sewaktu detik Furqan ingin menikahi Ana Althofunnisa..Ana menetapkan beberapa syarat sementara Furqan dan bapanya kurang bersetuju dengan syarat itu..Namun, Ana mempertahankan hujahnya sambil mengemukakan dalil dan kitab agamanya..Selain itu, sewaktu Ana menuntut Furqan menceraikannya,tuntutannya itu bukan sekadar tuntutan semata-semata tetapi juga disertai dengan dalil(hadis rasullah klu x silap saya)..Pergh!!memang calon isteri solehah..Aku ingin memetik beberapa rangkap dalam lagu "Isteri cerdik yang solehah" nyanyian Nazrey(ex-Raihan)-

"Isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran,di rumah dia isteri, di jalanan kawan, di waktu kita buntu die penunjuk jalan..."

"Pandangan kita diperteguhkan ,menjadikan kita tetap pendirian,ilmu yang diberi dapat disimpan, kita lupa, dia mengingatkan"

"Dia umpama tongkat si buta, bila tiada satu kehilaangan,dia ibarat simpanan ilmu,semoga kekal untuk diwariskan....."

Lirik ini menerangkan ciri2 isteri solehah,,ternyata Ana Althofunnisa memenuhi ciri-ciri ini..haha..beruntung betul Azam..hehe...

bersambung...

Ketika Cinta Bertasbih........siri 1

Assalamualaikum.....salam ramadhan,,salam LL4 Gaza....

Pada hari ini,hr kedua aku bercuti setelah semalam br pulang dr sekolahku,,aku berkesempatan untuk menonton filem "Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2" di youtube..Aku ni seorang yang sangat meminati cerita Melayu berbanding cerita orang putih..Lantaran itu,tergerak hatiku untuk menonton cerita ini selepas cerita ini menjadi bualan rakan-rakanku di sekolah..Bg diriku,,cerita ini amat menyentuh hatiku..Kadangkala,sebak menyelebungi hatiku ini sambil aku cuba menyekat air mataku daripada tumpah,tatkala menonton babak-babak tertentu dalam cerita ini(cewah!!feeling abes..hehe)..Memang tidak dapat dinafikan ini hanyalah lakonan semata-mata,,tp sebagaimana peringatan yang diberikan oleh Ustaz Shaari Abd Rahman,"Renunglah sesuatu perkara itu dengan pandangan hati,bukan pandangan akal dan nafsu semata-mata"..Hasilnya terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil selepas aku menonton cerita tersebut..Dan pada pos kali ini, aku ingin berkongsi yang aku perolehi daripada cerita ni..Mungkin pengajaran ini hanya boleh difahami seterusnya dihayati oleh mereka-mereka yang pernah menonton cerita ini..

Yang pertama,,aku agak mengkagumi keteguhan prinsip Azam(Hero) dalam cerita ini..Dalam satu babak di awal cerita,,Azam telah membantu Eliyana dengan memasak Bakso..Sebagai balasan,Eliyana menyatakan hasrat ingin memberi hadiah "ciuman special"(maaf klu kalian rasa agak kurang sopan)untuk Azam..Azam dengan tegas menolaknya sambil menyatakan itu satu musibah..Baginya Islam menuntut umatnya menjaga kesucian diri masing-masing..Keteguhan prinsip Azam ini telah membuat Eliyana muhasabah dan merenung sejenak seterusnya meng"islah"kan dirinya yang mana pada akhir cerita, Eliyana telah mengenakan jilbab menutupi kepalanya..Jika nak dikaitkan berkenaan "Mempertahankan prinsip" pada zaman nabi dahulu,Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah berhijrah dari Mekah ke Madinah..Mereka berhijrah meninggalkan harta,pakaian dan rumah mereka menuju ke Madinah..Persoalannya,,adakah dengan meninggalkan harta,pakaian rumah ini merupakan satu kemenangan atau kemuliaan??Jawapannya YA!!kerana bagi ISLAM,kemenangan atau kemuliaan sebenar ialah apabila seseorang berjaya mempertahankan keteguhan prinsip dan pegangan aqidahnya..Umat Islam pada waktu itu telah berjaya menyelamatkan prinsip dan aqidah mereka daripada terus diserang dan dirobek oleh musyrikin quraisy..

Selain itu,,dalam cerita ini aku telah belajar satu ungkapan yang menarik..iaitu "Cinta membrikan KEKUATAN kepada diri kita.Ia mampu mengubah cuka jadi anggur,iblis menjadi malaikat,sedih jadi riang,sakit jadi sihat,kandang jadi taman,penjara jadi istana,amarah jadi ramah,musibah jadi muhibbah.."Dalam cerita ini,dapat dilihat KEKUATAN SEMANGAT dan kesungguhan Azam membanting tulang menjual tempe dan bakso di Kairo sambil berkuliah di Al-Azhar demi kasih dan CINTA pada keluarganya..9 tahun die tidak pulang ke Indonesia demi memperjuangkan nasib adik2nya supaya tetap dapat melanjutkan pelajaran di sekolah..Gambaran cinta Azam terhadap keluarganya diungkapkan oleh adiknya dengan seungkap kata2 yang indah "Kamu mencintai ku seperti bunga mencintai titah tuhannya,x pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,x pernah lelah meneduhkan gelisah "nyala",kamu mencitai ku seperti matahari mencintai titah tuhannya,x pernah lelah membagi cerah cahaya,x pernah lelah menghangatkan jiwa".. Dalam babak yang lain pula,ialah sewaktu ibu Azam hendak meminta Ust Lutfi supaya menyampaikan tazkirah semasa majlis kenduri Azam..Ibunya sanggup menemui ustaz itu walaupun terpaksa meredah hujan lebat pada waktu itu tanpa menghiraukan kesihatannya memandangkan dia sudah tua..CINTA dan kasih sayangnya pada Azam telah memberiinya KEKUATAN untuk menempuh semua itu..Sebagai contoh lain yang berlaku di luar cerita ini,ataupun di dunia sebenar,ialah sebagaimana yang berlaku sekarang ini di bumi Gaza..Ustaz Riduan Mohd Nor menceritakan pengalamannya sewaktu menjalankan misi bantuan ke Gaza..Sewaktu melawat sebuah hospital,kanak2 di situ walaupun ada di antara mereka telah berlubang di kepala disebabkan peluru tembakan Israel dan ada juga yang melecur disambar bom,tetapi masih lagi KUAT dan gagah melontarkan kata-kata "Kami akan terus berlawan demi Al-Quds, dan suatu hari nanti kamu akn menunaikan solat di mihrab masjidil aqsa"..Lontaran yang terbit daripada mulut mereka itu tidak lain tidak bukan hanya kerana CINTA mereka pada AL-Quds dan CINTA pada ISLAM..

bersambung...

Pemimpin.....

Assalamualaikum...salam ramadhan,salam LL4 Gaza....


Sebgai tulisan permulaan....bacalah dengan tenang

Beberapa bulan sebelum ini,dunia digemparkan dengan kekejaman Israel dalam tragedi berdarah mavi marmara..Seramai 9 orang aktivis Turki telah gugur sebagai syuhada dalam peristiwa tersebut..Lantaran itu,,masyarakat dunia khususnya warga Turki mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel tersebut....Ketegasan kerajaan Turki yang dipimpin oleh perdana Menterinya Rajab Thoyyib Erdogan,dapat dilihat melalui tindakan Turki menutup wilayah udara untuk semua penerbangan militer Israel dan menarik duta besarnya di Tel Aviv, Israel sebagai reaksi terhadap serangan itu. Sementara itu,,presiden Iran Mahmoud Ahmadi Nejad turut mengutuk peristiwa tersebut sambil menyatakan peristiwa tersebut merupakan petanda awal kehancuran Israel..Namun begitu,di sebalik tragedi berdarah ini,terjalin persefahaman yang lebih erat antara Turki dan Iran..Turki dan Iran bukan sahaja berpadu suara menentang Israel,tetapi juga mengukuhkan hubungan diplomatik yang lebih erat antara kedua-dua negara tersebut..Sudah tentu kesepaduan ini amat membimbangkan Israel dan Amerika..Tidak keterlaluan jika dikatakan TURKI dan IRAN adalah wira ISLAM masa ini..

Sungguhpun begitu,jika diteliti dari sudut sejarah,kedua-dua negara ini adalah sekutu rapat Barat dan Israel..Ketika era Rejim Syah Mohd Reza Pehlavi Iran,Iran sering membantu Israel dengan menyumbangkan bahan bakar dan peralatan perang kepada Israel, di samping membenarkan tentera Amerika berpengkalan di Iran..Turki pula sewaktu pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk tersangatlah pro-Barat dan Israel dalam pemerintahannya..Mustafa Kamal Ataturk juga telah memainkan peranan yang besar dalam meruntuhkan KHilafah Islamiah Uthmaniah iaitu nadi kekuatan umat Islam yang mana ianya telah diatur oleh 'tangan-tangan ghaib' dengan begitu sistematik dan terancang..

KIni,,segalanya telah BERUBAH(ade gak la kaitan dengan tajuk..hehehe..)..Mereka bukan lagi sekutu rapat Barat dan Israel..KIni,kedua-dua negara ini sering merunsingkan kepala Barat dan Israel..Sudah tentu tidak dapat dinafikan faktor kepimpinan amat besar dalam membentuk PERUBAHAN keadaan atau ciri-ciri sesebuah negara seperti Turki dan Iran ini,daripada teman tidur sebantal dengan barat kepada musuh ketat kepada barat dan Israel..Turki kini dipimpin oleh intelektual yang berjiwa ISLAM iaitu Rajab THoyyib Erdogan..biarpun beliau tidak mampu menonjolkan ISLAM dari sudut perundangan syariahnya secara keseluruhan kerana mendapat tentangan hebat daripada pihak tentera dan bertentangan dengan perlembagaan TUrki,,tetapi beliau telah berjaya dengan CEMERLANG dalam menonjolkan Islam dari sudut kebajikan dan keadilan serta dari sudut pengurusan negara..Hal ini menunjukkan ISLAM bukan terbatas pada perundangan syariah semata-mata,tetapi ia merangkumi segala aspek dan bidang kehidupan..Malah,,kini terdapat sumber2 rahsia yang mendedahkan wujud satu kompot rahsia yang dirancang oleh pihak Israel untuk membunuh Erdogan..Selain itu,,Iran juga tidak kurang hebatnya..Dipimpin oleh jurutera bertubuh kecil tetapi bersuara lantang dalam mengutuk Amerika dan Israel..insan itu bernama Mahmoud Ahmadi Nejad..satu kenyataan beliau yang sangat menarik perhatianku,, "Kami akan memotong tangan-tangan tentera-tentera Amerika dan Israel yang cuba menyerang Iran "..Daripada sini,dapat difahami bahawa pertukaran pemimpin mampu menyebabkan PERUBAHAN secara total sesebuah negara laksana PERUBAHAN daripada seekor lembu yang dicocok hidungnya kepada singa yang garang dan digeruni musuh..

Kesimpulannya,,begitulah sunnatullah...Tidak ada pemerintah yang boleh memerintah selama-lamanya..Pemimpin akan sentiasa bertukar mengikut peredaran zaman dan suasana semasa..Kelak kepimpinan negara Malaysia ini juga akan bertukar wajah..dan aku pasti akan ada dalam kalangan rakanku ataupun rakan pembca(yg sdg membaca artikel ini)bakal memegang tampuk kepimpinan negara ini,ataupun setidak-tidaknya menjadi pemimpin gerakan Islam..Satu pesananku,,jadilah pemimpin yang sentiasa merunsingkan dan membingungkan kepala otak musuh Islam,,dan janganlah menjadi pemimpin yang membuat musuh Islam duduk goyang kaki dan tertawa dengan tindakanmu..Senang cite jadilah seperti Rajab Thoyyib Erdogan atau Mahmoud Ahmadi Nejad..Hal inii kerana apabila seseorang dilantik menjadi pemimpin,,secara tidak langsung kehidupannya semakin mewah..Sebagaimana ingatan yang pernah diberikan Ust Riduan Mohd Nor,,"UJIAN KEMEWAHAN LEBIH GANAS DALAM MEMATIKAN ISTIQOMAH SESEORANG MUKMIN BERBANDING UJIAN KEPAYAHAN"..Oleh itu beringat-ingatlah..sekian............sekian..........

Salam..........

Assalamualaikum...salam muqaddimah..baru mula nak berlatih berblogging...mohon tunjuk ajar.........